Pages

Monday, 30 November 2009

tata UTM

Bismillah,

Alhamdulillah hari nih adalah 30/11/09, maka berakhirlah kerja saya (jawatan) sebagai seorang hamba Allah yang telah diberikan tanggungjawab sebagai RA (Research Assistance). Sebelum ini sebagai ARO (Assistance Research Officer). Dan bila mana projek tersebut selesai, maka bila tukar ke projek lain, maka saya pun telah ditukar ststus atas sebab2 yang saya pun tak kisah sebenarnya. At least ada kerja & income.

Apapun nak berterima kasih sangat Prof Dr Shamsudin Bin Hj Mohd Amin kerana menerima saya bekerja / berkhidmat sepanjang saya dibawahnya. Dan juga RO (merangkumi zaujahnya) k.Yatie yang banyak membantu. =). Prof Sham yang saya kenal dengan 3 keadaan iaitu ayah kepada kawan saya juga suami (Abu Ubaidah & Usamah), kawan kepada arwah ayah mertua, juga perkenalan dlm jemaah.

So, lepas nih, dah tak kerja di UTM. Maka mati akal la saya nak bantu suami. Huhuhu...Hutang dengan PTPTN lak nak bayar..
Tapi tak mengapa, insyaAllah akan ada rezeki anak yg ke-2 nih, kot. hehehe... Akan usaha utk mendapatkan pekerjaan sementara. Lagipun mungkin husband akan bertolak bulan 5, jadi masih ada masa dan kesempatan. =)
Bukan apa, buntu gak ek tak de pekerjaan nih kan? kalau sebelum nih, saya bekerja dengan syarikat IMAN ELC (rangkaian tadika Iman & taska- yang sekarang jd tempat saya hantar anak lak) saya request nak berhenti kerana malas nak bekerja. Tapi rezeki, saya dapat lak UTM. Bila dapat UTM, tak nak la lepaskan, sebab dekat dengan suami, dan memang nak kerja di UTM sahaja. Now, bila nak masuk anak no 2, jd sedikit runsing, kerana kasihan dengan suami.
Mak mertua ada sebut, perkahwinan adalah sharing... you will share everything, termasuk kewangan. Terpulang pada individu masing2. Tapi, jangan menanggap perkahwinan is satu bebanan. Sebab suami saya juga membantu 2-2 keluarga (tapi lebih pd family dia sebab arwah ayah tiada, juga kami menumpang di rumah mak sebelum ke oversea).

So, kalau2 sape ada jumpa iklan kerja kosong, bagitahula yer. Kalau boleh nak area skudai jer la. =) senang nak menguruskan anak. Kalau boleh yang nak pakai orang sementara sahaja yer... TQ...

Ngantok sangat mata nih. sebab sekarang adalah fasa orang mengandung yang amat-amat sukar nak tido. Moga Allah permudahkan semuanya. Aminn....

3 comments:

أم الليث said...

all the best!!
buatlah home business. bleh buat duit and jaga anak kat rumah heh heh heh.

gi overseas ke mana nanti?

shahhana said...

tabahkan hati. yakinlah ada jalan nya nanti. btw lepas bersalin anti xmnyusul suami ke??

cik EPAL said...

harap harap semuanya ok ;)