Pages

Monday 30 May 2011

Berjiwang gitu ~

Bismillah...



Saya cuma nak cakap yg saya 





Wednesday 27 April 2011

The Song

Bismillah,

seminggu lbh, atau lebih tepat, hampir 2 weeks my hubby tak balik JB. Biasanya tiap2 minggu dia akan balik JB. Tapi kali disebabkan final exam + reunion bacth dia, so, dia tak dpt balik. So, nak kata rindu,mesti ada.CONFIRM la kan? hehe... di sebabkan insident2 ini, kami berjiwang gak la...hahaha...klakar. Tp, takpe, tak de masalah pun, sebab antar husband-wife. Seronok gak.hehehehe....thanks hubby..... =))


1)Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta




2) N'Sync - This I Promis You




3) Yassin - Nur Kasih



4) Maher Zain - Sepanjang Hidup



=))

Tuesday 26 April 2011

for him

Bismillah,

week lepas tetiba rajin tgk tv3. maklum la dh xkeje, so hari khamis jam 11.30am citer Mahligai Cinta. Tau wedding dlm tu mewah2. Tapi suka tgk je.

So terdengar satu lagu nih, sgt suka, sebab penggunaan "SUBAHANALLAH aku menyintainya, SUBAHANALLAH aku menyanginya" sgt suka...

So paham2 la kan,klu dah mcm tu,aku dedicate utk suami tersyg... hehehe....



Ok. enjoy it. Wassalam.

Sunday 30 January 2011

"SEDETIK LEBIH" ?

Bismillah,

Dah mulakan keje kat koop sek, tolong adik sambil2 dapat gaji. hahaha....

Ceritanya....
Actually, saya terpaksa pisah sementara dgn suami kerana menunggu UTM calling2 utk jawatan kosong. Sebelum ni saya telah diletakkan di UTM Semarak, tapi dgn alasan tertentu saya terpaksa tolak. Jadi saya dok umah jg anak, sementara tunggu kot2 ada kerja akan panggil.huhuhu.... Dah 2minggu dok Serdang, tetiba UTM call, klu ada kekosongan nak tak kerja, tapi kat Skudai la. So, terima lah, balik la ke JB. tunggu punya tunggu, last2 takde pun kekosongan tu. Takpelah, tak rezeki.

Tapi saya terpaksa gak pisah sementara dengan suami. Sebab saya sedang keje sementara kat sek rendah dulu. Tapi bukan sebagai guru. Jaga koperasi. Niat utama nak keje kerana tak nak dok umah je, boring, nanti sikit sms suami, ganggu dia, biasalah...org kata rindu2an. hihihi.....

So, saya terpaksa terus bekerja selama sebulan insyaAllah. Jika suami sibuk, kelam kabut, mungkin saya akan kerja lama sikit. Tapi, jika saya terus kerja situ, maknanya saya akan duduk dgn family saya. Mak mertua akan keseorangan. Saya buntu!
Saya fikir2 (tanpa bincang dgn sesiapa) kalau suami belum memerlukan kami duduk disamping dia (ayat ganas seh!) dlm akhr bulan 2 saya tak keje dah, saya dok teman mak kat umah. Dengan kerenah cucu mak, nnt kecoh la umah. Belum lagi saya dok jerit2 nanti. hahahaha......


Lagu ni suami ku bagi masa kami berjauhan...... sedih. Tapi pembakar semangat cinta kami. Kadang kita perlu juga macam ni.... =) mungkin. Tapi ia perlu juga bg saya la.... =)








hahaha....
feeling giler dengar lagu nih. Lagi la Anuar Zain.


enjoy it.... =)

Thursday 18 November 2010

Sedikit cerita lepas

Bismillah.

Lama sangat rasanya tak taip apa2 dlm blog nih. Malas yg amat sgt. nak kongsi juga pelbagai cerita, tapi masih blm mampu utk bercerita apa2.

Kehidupan yg ada berlalu begitu sahaja.

Alhamdullah, sekian lama gak tak pergi sebarang program & usrah, akhirnya pegi juga. Memang ada beberapa perkara wat aku agak sukar nak pergi. orang kata, itu semua alasan. Tapi, ble tgk balik keadaan masa tuh,orang lain takkan tahu apa yg kita hadapi. Tambahan anak dah 2 orang. Dah dapat kerja, nak gi kerja pun payah. last2 berhenti.

Alasan.

Itu orang akan perkatakan lagi....

Wat ever!!

Tapi sejak pergi usrah akhir2 nih hati mula ok. terfikir2, bila la aku nak jd insan yg betul ONLINE dengan ALLAH????!!!
bayangkan sepanjang 10 bulan lalu aku hanya mensia2kan kehidupan aku! buka agama tak diselak. serius aku cakap! bila orang berbica tentang ilmu agama,aku sgt kagum, bila tengak diri sendiri terasa sangat2 la hampeh.

Jangan kata husband aku tak menyebut apa2! tapi semua terpulang pada aku sendiri. Nak kata aku tak belajar agama dan lain2, aku belajar, tapi semua itu bergantung pada diri masing2. Ye, aku tak salahkan suami, aku salahkan diri aku sendiri. tak reti menilainya.

Apa akan aku jawab dihadapan Allah kelak? sia2 kehidupan lampau ku. Kalau ada rekod, mungkin rekod aku menjunam denga teruk dan dasyatnya.............

Tapi,apa aku harus aku buat,aku mesti lihat balik dalam diri, perbaiki sebaik mungkin. Insya Allah, Allah akan membantu. Itu keyakinan ku....

Doakan aku juga ye... =)

Sunday 14 November 2010

open your eyes

Monday 16 August 2010

Apa yang mengembira dan membahagiakan seorang isteri di bulan Ramadhan

Bismillah,

So juz kongsi kat kwn2 yg buka my blog... =)

------------------------------------------------------------------------


SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN

Salam isteri-isteri yg dimuliakan.

Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh2 mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.
Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.
Insya Allah.

Bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:
1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.
2. Mengejutkan anak2nya yg masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.
3. Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak2, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.
4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.
6. Dia yang membaca doa berbuka puasa.
7. Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah tamar, dia mendahulukan anak2nya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak2nya.
8. Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak2nya ke surau untuk solat isyak dan terawih berjamaah.
9. Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.
10. Dia menceritakan bacaan tajuwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.
11. Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.
12. Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.
13. Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada "alarm" tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.
14. Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar" di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda utk beriktikaf di masjid yang berdekatan.
15. Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak2nya.
16. Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca "Tiga Qul" sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.

Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.
Selamat Bergembira dan Berbahagia Wahai isteri2.


Ahmad Shafiai Uda Jaafar
pakutih@ymail.com
http://mahligaikasih.multiply.com
Mobile: 017 7272 307
Suami Memimpin Isteri Mengurus