Pages

Tuesday, 15 September 2009

Di kala ramadahan datang menjeguk....

Bismillah,

hari nih, jika mengikut pengiraan sudah 25 ramadhan. Macam2 sudah ditempuhi sepanjang ramadhan nih. Dan bersyukur pada Allah kerana masih diberi kekuatan utk berpuasa. Kenapa? pada tahun 2007, saya hanya mampu diberi kekuatan utk berpuasa selama 8 hari sahaja... Dan saya target tahun nih saya mampu berpuasa penuh 29@30hari ramadhan. Walaupun disaat2 akhir ramadhan nih, badan sudah lembik, tidak terdaya, sering rasa mahu berbuka, tak larat utk menguruskan anak sepenuhnya, ibadah hanya mampu buat yg hanya btl2 terdaya, al-quraan mula dijauhkan.... huh! apa nak jadi?

Jika berpuasa tanpa melakukan ibadah lain, tidak mengejar amalan2 lain akan menjadi hampeh rasanya. Jika diberi kertas segala amalan di depan Allah kelak, pasti saya punya la yang paling byk kosong...kosong dgn amalan....

Malu sangat pada diri sendiri. Tapi apakan daya, saya hanya mampu cuba sedaya upaya utk memberi masa pada anak, membantu ibu mertua yang tak larat sangat dah... kalau saya balik rumah sendiri, alhamdulillah, adik2 perempuan yg sudah besar ramai membantu...jadi saya tak de masalah sangat bila balik rumah mak sendiri.

Ye, saya ada pergi ke sebuah majlis ilmu WJIM, di pejabat JIM desa skudai. Tajuk majlis ilmu tersebut ialah, MEGA SALE RAMADHAN...(tak silap la) memang pun bulan ramadhan ada mega sale utk segala amalan dan ibadah. Dalam majlis tersebut, jgn risau utk kita sebagai isteri, ibu, anak or menatu sekali pun, tanggungjawab kita buat dirumah seperti yg ada anak kecil, yg tak dapat nak bertarawih di masjid/surau, tidak mengapa buat sikit2 dirumah. Asalkan niat kita ikhlas mendidik, menjaga anak sudah memadai pahala sama spt org yg solat dimasjid@disurau.Malah lagi besar pahala, kita mendidik mujahid/mujahadah dirumah. So, para ibu2 jangan bimbang. =) Bak kata org2 tua, jaga anak bukan perkara yg mudah..

Harapan saya, moga ramadhan kali nih lebih baik dari yg lepas, walaupun tak terdaya mahu mengejar segala amalan. Moga ramadhan tahun depan saya dipanjangkan umur dan bersua semula...itu harapan saya...

1 comment:

'ain3ra' said...

ameeeenn!! semoga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan seterusnya!