Pages

Thursday 27 August 2009

Cabaran seorg ibu?

Bismillah,

Hari nih, hari yang ke-3 abi (abu Afifah) di KL, dlm erti kata lain, abi tiada dirumah.

Terlalu berat cabaran dan dugaan bila menguruskan anak seorang, tanpa bantuan penuh dari abi. Kenapa ckp macam tuh? sebab abi tak pernah abaikan tanggungjawab dia pada anak dia. Kalau boleh semua benda dia nak tolong buatkan. Sebab abi tahu yg ummi (ummu Afifah) tak larat untuk buat semua kerja tuh. Apatah lagi mendodoikan Afifah tidur. Sebab Afifah suka didukong, dibaringkan atas badan kita, ummi tak boleh buat sebab kandungan ummi hampir masuk 6 bulan!

Afifah mula meningkat dewasa. Dia the only one budak yang paling kecil dalam rumah. Jadi dia manja. Abi tak de nih, parah gak ummi nak buat semua perkara. Walaupun adik2 ipar dan mak mertua byk membantu. Tapi lain rasa yg membantu kita adalah suami sendiri. Mak mertua biasanya tak larat sgt, tapi dia kuatkan diri. Adik2 ipar akan ada hal masing2.
Biasa abi akan suruh Afifah solat, walaupun satu rakaat(ala2 witir gitu), abi akan bacakan al-Quran(tak kisah la kalau Afifah main, janji Afifah akan dengar juga), abi akan main dengan Afifah, dodoi Afifah semasa ummi tak larat @ ummi tolong mak atok di dapur. Lagi lah Ramadhan nih. Mak atok Afifah pun takdelah larat sgt nak buat semua sorang2.

Tapi masa abi tak de nih, teruk juga ummi. Tapi, apa yg seronok, ummi paksa diri utk habiskan masa bersama Afifah. Walaupun sometimes badan tak larat sangat2, perut sakit2 (adik Afifah pun sakit kot, sebab ummi pun sakit)... tapi ummi juga kena ingat, ummi kena jaga kandungan ummi nih(adik kpd Afifah). =) dugaan sepanjang abi tak de nih. Harap lepas nih, ummi dpt teruskan sikap ummi nih, jgn bila abi balik ummi pun goyang kaki. Sebab abi pun penat juga. Masing2 bekerja, tolong2 kan? hehehe...

Oklah setakat ini dahulu. Nak kena keluar dari UTM sekejap. Nak uruskan Afifah. Dia perlu ke klinik. Sudah 2 mlm dia meragam. Menurut mak, Afifah kembung perut. Tapi waktu siang, elok jer. Pelik!! Tapi Afifah ni, jenis kuat semangat. Kalau betul2 sakit & disakat abi dia je dia akan menangis. Afifah oooo... Afifah...
Abi dah msg, katanya mimpi Afifah. Dah rindu lah tuh! hehehe... Moga kami sekeluarga diberi kekuatan...aminn...

No comments: