Pages

Friday 24 July 2009

Ramadhan menghampiri, ganti puasa tak buat2 lagi


Bismillah,

Hari nih dh masuk 2 syaaban. Ramadhan kian hampir... tapi masalah utama bagi diri ini ialah, puasa ganti tak selesai lagi. Ada 8 hari lagi mau ganti....ayyaaa.... Konon masa bulan rejab nak la start. Tapi satu hari pun tak mula puasa gak. Teruknya rasa... macam tak ready nak mula ramadhan.

Sekarang syaaban dah masuk. Nak tak nak, kena gak ganti puasa. Kalau tak denda berganda nak kena bayar. Kalau boleh tak nak jadi spt tahun lepas, hanta mampu berpuasa 8hari sahaja. Hari2 lain dok tibai makan shj. Orang kata ngandung, biasalah. Tapi tak nak la pulak benda nih jd satu alasan yg berleluasa utk diri sendiri. Ye, walaupun Allah meringgankan bebean bagi segelintir manusia, tapi, kita tak boleh la nak mempergunakan sahaja je kan?

Cuma, harap sgt dgn terlepasnya rejab dan masukknya syaaban, serba sedikit mampulah diri ini berbuat sesuatu utk menuju ke ramadhan.....


"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban."

[Hadis riwayat al- Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.]

No comments: