Pages

Thursday 30 July 2009

8 SYAABAN

Bismillah,

Alhamdulillah semalam baru memulakan puasa ganti yg pertama. Selamat sampai ke akhirnya. Sepanjang berpuasa, memang byk dugaanya. Dengan keadaan badan yg mengigil tiba2, badan tiada kekuatan. Masa tuh, hanya Allah saja Maha Mengetahui. Dengan menguruskan 'Afifah yang tak reti kenal penat (siang dihantar ke nurseri). Alhamdulillah, suami banyak membantu. Dia mandikan dan mengelap 'Afifah, bawa 'Afifah berjalan. Walaupun kudratnya tidak begitu kuat, namun suami mampu hadapinya.
Bila berbuka suami layan anak, solat dengan anak. 'Afifah pun dia bawa ke usrah bersama. Alhamdulillah. Memang tersangat membantu. Walaupun suami tidak sesihat mana. Dengan keadaan suami yg tidak makan tghr & mlm. Hanya minum kopi n cempedak goreng di waktu petang. Tapi mlm, selepas usrah, ada perbincangan dgn 'Umayr, paksa gak suruh dia makan something. Alhamdulillah.

Tapi yang seronoknya, 'Afifah dh pandai melakukan aktiviti solat. Dia reti takbiratul iqram, rukuk, duduk antara dua sujud,dan paling pandai sujud!Hahaha.. Abi dia ajar. Rukuk la yg ayah dia kena pegang badan dia, supaya sedikit stabil. Walaupun dia tak mahir lagi, tetapi, syukur sgt2, dia mula tahu, bila org sebut solat. Dia mengaminkan doa, walaupun hanya sementara dia mengaminkan... =) sejuk hati... SUNGGUH!! =)
Kalaulah arwah ayah masih ada, mesti dia bangga dgn cucunya yg sorg nih. Lagila cucu perempuan yg pertama dia. (huh seronok aku bg dia cucu perempuan)...

Hari ni? Khamis bersamaan 8 Syaaban. Kerana masing memang tak terlarat dan tak sihat, kami tak berpuasa...hahahahaha...
Penat sgt2 badan nih...

Moga ramadhan nih, Allah bagi kekuatan diri & hati utk meneruskan hidup serta melakukan amal ibadat. Aminn... =)

* p/s : 2 ramadhan lepas ayah meninggalkan kami, bagaimana ramadhan tahun ini? bagaimana dgn suami? mak mertua? adik2 ipar? mereka kehilangan besar sgt...... aku?

1 comment:

Nadiah said...

sabar ye...semua org ada dugaan masing2...mula2 diaorg yg kehilangan kita pon akan mengalami benda yg sama suatu hari nnti...bg diaorg kekuatan ye...love u...