Pages

Sunday, 8 March 2009

mata?

Bismillah, 

Td ke kedai cermin mata. Buat cermin mata baru. cermin mata lama, lama tak pakai. Huhuhu.. masih kabur lagi pandangan ku. lagi lah mata kiri. sememangnya rabun. Tapi tak teruk mana. Alhamdulillah, akhirmya dapat gak cermin mata baru. 
My hubby pun sama... tetiba angin nak check... dia di dapati RABUN jugak. Tapi silau dia lebih tinggi dari ku.... ku nasihat dia, beli jer cermin mata. utk kebaikan. kan? sape stuju dgn pendapat ku? Mesti semua stuju....


R.A.B.U.N@S.I.L.A.U?
---------------------------------

Pandangan, mata.... satu nikmat anugerah Allah kepada hambanya. Bukan mudah utk menjaga amanah Allah ini. Sebab itu memang kena jaga mata. Bukan jaga kesihatan mata jer... tapi pandangan yang lain juga kena jaga. 

----------------------------------

Mata

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Rajah mata manusia. Bukan semua mata haiwan sama dengan mata manusia.

Isi kandungan

 [sorok]

[sunting]Jenis mata

Mata kumpuan terdapat di kalangan artropod (serangga dan yang seumpamanya), dan terdiri daripada banyak sudut yang memberikan gambaran berpiksel (bukannya gambar berganda seperti yang sering diperkatakan).

Sesetengah haiwan pula mempunyai oselus (mata ringkas atau titik mata yang terdapat pada haiwan peringkat rendah). Contohnya mata siputcuma dapat membezakan adanya cahaya atau tidak (siang dan malam), tetapi tidak dapat melihat apakah objek yang ada di hadapannya.

Dalam kebanyakan vertebrata dan sebahagian moluska mata bertindak dengan memancarkan imej ke atas retina yang sensitif kepada cahaya, di mana cahaya dikesan dan dihantar ke otak melalui saraf optik. Mata kebiasaannya berbentuk hampir sfera, berisi bahan seperti gel optik jernih yang dikenali sebagai gelemaca, dengan kanta fokus dan otot yang dikenali sebagai iris mata yang mengawal kadar cahaya yang masuk. Iris mata ini mengawal bukaan anak mata (pupil), iaitu bulatan hitam di tengah-tengah bahagian berwarna di dalam mata.

[sunting]Anatomi

A - Gelemaca, B - Kanta, C - Kornea, D - Pupil, E - Iris, F - Sklera, G - Saraf optik, H - Retina

Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.

Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair sebelum sampai ke kanta. Gelemair membantu mengekalkan bentuk cembung kornea dan melembapkannya. Iris (yang berwarna) terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya.

Cahaya dari objek jauh dan cahaya dari objek dekat terfokus.

Supaya cahaya boleh ditumpukan, cahaya mesti dibiaskan. Kadar biasan bergantung kepada jarak objek yang dilihat. Objek jauh memerlukan kurang biasan cahaya daripada objek dekat. Kebanyakan biasan berlaku pada kornea yang mempunyai lengkongan kekal. Biasan lain yang diperlukan berlaku di kanta. Kanta boleh ditarik leper oleh otot, yang membetulkan kuasa kanta. Apabila seseorang berumur, dia akan hilang keupayaan untuk membetulkan tumpuan. Keadaan ini dikenali sebagai presbyopia.

[sunting]Bahagian mata

Mata manusia dikatakan tingkap kepada roh.

Di sekeliling mata:

  • Kening: Membantu menjaga mata dari dimasuki air (terutamanya hujan)
  • Kelopak mata: Melembapkan mata dan menjaganya daripada dimasuki habuk
  • Bulu mata: Menjaga mata daripada dimasuki habuk


p/s: kesimpulannya, jaga la mata anda...
sowi la aku bukan doktor.... juz pengetahuan jer... 

betulkan klu salah..

6 comments:

et said...

yezza..jage mate...
btmbah lg sorg anak mak kne pakai glasses...hahahaha

Nabihah said...

t'nnt2 wajah br wanie he2

terasa nk check mata gk, last time wat spec ms nuha lahir... 2006... hr tu pki jap dh kena gelak ngan ajim sbb bingkai kecik, myb kna pki ble ngadap komp... err dlm 24jam-8jam hu2

wanie said...

bie, kita kan pakai cermin mata dr sek lagi?remember? cuma tak gemar. tapi sekarang nak kena drive(sometimes)kena gak pakai cermin mata. sebab ni plate kete pun tak nampak. hahahaha...

ye tak ye... bie kan mmg pakai cermin mata. drive ok ker tak pakai cermin mata? TApi kita time JPJ balajar driving mmg xsuka pakai cermin mata..tapi memang dh kena pakai...

wanie said...

et: hahahaha...tak gemar, tapi kena pakai gak.perjanjian dgn bazakri...hahahaha

Nabihah said...

wanie2~ dah wat spec mahal2 klu tak pakai tu memang ler pembaziran namanya hu2

dh check (nyibuk je nak check gk =p) x igt belah mana tp satu mata silau naik, satu mata lagi silau turun. akak kat menara tu pelik. kte pun pelik nape dia nk pelik. power maintain. pki je ler spec lm ni. lgpun pki time drive mlm je he2

wanie said...

wow...bie lebih silau malam ker? sama la kita... mlm kita belum pernah drive lagi.sebab alasan cermin mata. sekarang dh ada, tak tahu nak bg alasan apa lak...
hahahahahaha....