Pages

Wednesday, 18 March 2009

Konvo

Bismillah, 

Petang nih flight mak dan adik ipar jam 4pm. Jam 7am td mak dan adik2 ipar bertolak ke KLIA. Sian mak tak cukup rehat. Tapi dia nak gak cucu ada bersama sebelum bertolak. Cik Anap lak sempat bermain dan jaga anak buahnya. 
Kenapa dgn 'Afifah? sebab diwajahnya terdapat iras arwah ayah mertua...suami mak. Ye, kadang2 aku rindu wajah dan suara arwah.... Sekarang aku rasa tak boleh nak tgk wajah arwah. Kalau pun nampak aku toleh ke tempat lain. 
Ia tak bermakna aku tak pandang anak ku yg comei tuh. Tapi aku pun tak dpt bayangkan wajah ayah dr 'Afifah. Cuma ada beberapa perkara ada pada ayah... ada gak pd 'Afifah..

oklah tak nak sedih2...

Fligth mak, Alifah & Ahnaf jam 4pm dr KLIA ke MARKASAH, INDONESIA. 
KNP? hehehehehe...
Adik ipar aku...MOHAMMAD HANIF TARMIDI, insyaALLAH akan grad hujung minggu nih. So, mak akan balik MALAYSIA pd 24hb Mac. So, Anip akan balik Malaysia 30hb. Pas tuh, anip dh jd dokter, walaupun kena hadapi 2tahun sebelum jd dokter yg betul2 dokter. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dia sampai ke tahap ini. Moga dgn kejayaan yg dia dpt dipergunakan sebaiknya utk kebaikan umat. aminn...

Apapun harap sangat emak dan adik2 selamat pergi dan pulang. Moga Allah merahmati & permudahkan urusan mereka...

No comments: